Flip book element
Badal Haji/Upah Haji
RM1,800.00
Badal Haji:
Bagi mereka yang ingin melaksanakan upah haji kepada kaum keluarga atau sahabat handai yang telah pergi ke rahmatullah dan ingin tahu akan kelebihan serta dalil pensyariatannya saya nukilkan dibawah beberapa hadis sebagai tatapan kita bersama supaya anda lebih kuat untuk menghadiahkan upah haji tersebut kepada mereka yang telah pergi.
-
Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
-
Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Baginda: ”Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan.” (Riwayat Bukhari).
-
Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: “Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?” Jawabnya: ”Tidak!” Sabda Baginda: ”Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.
-
Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: “Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Apakah kamu anaknya yang paling tua?” Jawabnya: ”Ya!” Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tunaikanlah haji untuknya.” (Riwayat Ahmad dan Nasai).
-
Hadis-hadis ini jelas menunjukkan keharusannya, malah wajib ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib haji yang telah disebut. Andainya si anak atau waris tidak mampu untuk melakukan haji kepada mereka maka bolehlah diberi upah kepada mereka yang boleh untuk menguruskannya.
Qurban
RM400.00 – RM500.00
Lokasi perlaksanaan:
Saudi Arabia, Burma, Patani, Sudan, Ghana, Chad, Mali, Nigeria, Mouritania, Burkinafaso,
Ethiopia, Ivory Coast, Pakistan, Bangladesh, India, Kashmir, Nepal, Maldives, Sri Lanka, Palestine, Egypt, Morocco, Tunisia, Sudan, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Thailand.
Pilihan:
Kambing RM500/seekor = sebahagian
Lembu RM400/sebahagian
Unta RM500/sebahagian
Dam Di Mekah
RM450.00 – RM3,500.00
DAM
Dam adalah denda atau tebusan bagi mereka yang melanggar pantang larang atau perkara yang diwajibkan ketika dalam ihram Haji dan Umrah. Apabila terlupa dan pulang ke Malaysia maka kami akan membantu untuk menguruskan Dam itu di sana.
Jenis Dam adalah terbahagi kepada 3:
1. Dam Tertib dan Taqdir
2. Dam Tertib dan Takdil
3. Dam Takhyir dan Takdil
1. Dam Tertib dan Taqdir
Dendanya ialah menyembelih seekor kambing. Sekiranya tidak mampu, wajiblah berpuasa selama sepuluh hari, iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari lagi di kampung sekembalinya dari tanah suci nanti.
Antara sebab-sebabnya;
a. Mengerjakan Haji Qiran.
b. Mengerjakan haji Tamattuk.
c. Terlewat dari wukuf di Arafah.
d. Memakai pakaian berjahit.
e. Memotong rambut atau kuku.
f. Menggunakan harum-haruman.
g. Berciuman dan sentuhan syahwat.
h. Melakukan larangan-larangan ihram.
i. Meninggalkan salah satu perkara wajib haji dan umrah.
2. Dam Tertib dan Takdil
Dam Tertib Takdil bermakna apabila seseorang tidak mampu memberi makan fakir miskin senilai satu unta, hendaklah digantikan dengan berpuasa selama 10 hari. 3 hari ditanah suci dan bakinya di tanah air.
Dam Tertib dan Takdil adalah:
a. Denda bersetubuh setelah tahallul pertama atau sebelum selesai kerja umrah, ialah:
1. Menyembelih seekor unta atau;
2. Menyembelih seekor lembu atau;
3. Menyembelih tujuh ekor kambing atau;
4. Bersedekah makanan dengan nilai seekor unta kepada fakir miskin atau;
5. Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja haji atau umrahnya dan wajib qada pada tahun berikutnya.
b. Bagi yang sudah berihram tetapi tersekat dalam perjalanan, berpenyakit atau dikepung oleh musuh hingga tidak dapat memasuki Mekah, hendaklah bertahallul ihsar dan damnya ialah:
1. Menyembelih seekor kambing dan bergunting atau;
2. Membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan diagihkan kepada fakir miskin tempat hahallul atau;
3. Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing. Secupak bersamaan sehari puasa.
3. Dam Takhyir dan Takdil
Takhyir bererti damnya boleh dipilih satu daripada perkara yang ditetapkan.
a. Bagi yang membunuh haiwan atau binatang buruan di tanah suci dendanya ialah:
1. Menyembelih binatang yang sama besarnya dengan yang dibunuh atau;
2. Membeli makanan dengan nilai harga bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah atau;
3. Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan binatang tersebut iaitu secupak sehari puasa.
b. Menebang, mengerat atau mencabut tumbuhan di tanah Mekah, hendaklah bertahallul ihsar dan damnya ialah:
1. Menyembelih binatang mengikut bilangan pokok yang dicabut, dikerat atau ditebang. Jika besar bandingannya lembu dan kambing sekiranya kecil. atau;
2. Wang harga tafsirannya dibelikan makanan dan disedekahkan kepada fakir miskin di Mekah atau;
3. Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan binatang tersebut iaitu secupak sehari puasa.
Pelanggaran hukum dan Dendanya :
1. Lelaki yang menutup kepala, dendanya menyembelih seekor kambing.
2. Memotong rambut lebih dari 12 helai, dendanya menyembelih seekor kambing.
3. Lelaki /wanita yang memakai haruman atau wangian dendanya bersedekah 1 mud.
4. Wanita yang menutup muka atau tangan, dendanya menyembelih seekor kambing.
5. Lelaki yang memakai pakaian biasa (berjahit), dendanya menyembelih seekor kambing atau berpuasa selama 10 hari; iaitu 3 hari di tanah suci dan bakinya di tanah air.
6. Merosakkan tanaman di tanah suci, dendanya menyembelih seekor kambing.
7. Berburu atau membunuh binatang buruan, dendanya menyembelih seekor kambing atau memberi makan 60 orang miskin atau berpuasa setiap fakir miskin satu hari puasa.
8. Melakukan akad nikah atau menikahkan sebelum tahallul, awal dendanya menyembelih seekor kambing.
9. Bersetubuh sesudah Tahallul Awal, hajinya batal dan wajib menyembelih seekor unta atau lembu atau puasa selama 10 hari. 3 hari di tanah suci Makkah dan bakinya di tanah air.
Aqiqah
RM400.00 – RM500.00
Qurban Dan Aqiqah
27 Buah Negara Islam Miskin dan Memerlukan yg akan kita hantarkan bantuan Korban dan Akikah ialah :
Saudi Arabia, Burma, Patani, Sudan, Ghana, Chad, Mali, Nigeria, Mouritania, Burkinafaso,
Ethiopia, Ivory Coast, Pakistan, Bangladesh, India, Kashmir, Nepal, Maldives, Sri Lanka, Palestine, Egypt, Morocco, Tunisia, Sudan, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Thailand.
Semoga Allah permudahkan Tuan Puan yg ingin menyumbang meringankan beban Umat Islam di Negara-Negara Islam Miskin dan Memerlukan. InsyaAllah kami akan sampaikan bantuan dengan sebaiknya insyaAllah.
Hasrat kami Tuan Puan dapat berkongsi Ibadah Tuan Puan dengan Mereka yg Miskin dan Memerlukan ini.
Rancang dan Daftar Sekarang serendah RM 400 sahaja satu Bahagian.
Semoga Allah limpah ruahkan lagi rezeki Tuan Puan.
Create a Flip Book for any product category. You can also select custom posts.
